Dunia Sai Buka apps

Bermula Dengan Jawi, Terus Meneroka

Setiap Permainan, Satu Ilmu

Game belajar untuk kanak-kanak Malaysia dalam satu apps: Jawi, ABC, Matematik, Sains, English, Geografi, Duit, Koding dan Robotik. Main di telefon, tablet atau komputer.

  • ✓ Tiada iklan, tiada akaun
  • ✓ Boleh main tanpa internet
  • ✓ Ejaan Jawi ikut pedoman DBP
  • ✓ Selari dengan KSSR

Pilih game ikut umur anak

Tekan umur anak anda untuk tapis. Tekan mana-mana game untuk cuba percuma terus dalam pelayar.

Tiada game untuk pilihan ini. Cuba pilih "Semua umur".

Kenapa ibu bapa percaya Dunia Sai

Kami dua beranak yang membina, dan kami faham apa yang ibu bapa risaukan.

🚫

Tiada iklan, tiada akaun

Tiada iklan pihak ketiga dalam game. Anak tidak perlu daftar, dan kemajuan disimpan dalam peranti.

📶

Boleh main tanpa internet

Selepas dibuka sekali, game berfungsi di tablet, komputer rumah dan skrin bilik darjah, termasuk di kawasan pedalaman.

🇲🇾

Kandungan tempatan

Dibina untuk kanak-kanak Malaysia: budaya, bahasa dan ejaan Jawi mengikut pedoman rasmi, bukan terjemahan.

👨‍👩‍👧

Ruang Ibu Bapa

Lihat prestasi anak dalam game, dalam paparan khas untuk ibu bapa sahaja.

🎁

Cuba dahulu, bayar kemudian

Setiap game berbayar ada bahagian percuma. Satu kod lesen untuk satu keluarga, tiada langganan.

💬

Maklum balas terus

Ada cadangan? Tekan butang 💬 dalam game, atau WhatsApp kami. Cadangan penyokong dipertimbangkan dahulu.

Sokong Pembangunan Dunia Sai

Setiap sokongan anda membantu kami membina lebih banyak permainan yang membawa ilmu, pengalaman dan manfaat kepada pemain. Dunia Sai dibangunkan dengan satu matlamat: permainan yang bukan sekadar menghiburkan, tetapi turut memberi ilmu dan membina kemahiran.

⭐ Paling berbaloi

Satu pembayaran, satu kod lesen. Pakej sokongan pembangunan yang turut memberi akses kepada semua permainan berbayar dalam katalog semasa.

Katalog semasa ():

    Anda dapat:

    • Akses kepada semua game di atas, untuk satu keluarga sehingga 5 peranti
    • Sokongan kewangan kepada pembangunan Dunia Sai
    • Peluang mencadangkan game yang anda mahu, melalui WhatsApp atau e-mel. Cadangan penyokong dipertimbangkan dahulu
    • Kemas kini pepijat untuk game yang dibeli

    Perlu anda tahu: pakej ini hanya merangkumi katalog semasa. Game baharu selepas tarikh di atas tidak termasuk secara automatik.

    Cadangan dipertimbangkan, tetapi kami tidak boleh menjamin setiap cadangan dibangunkan atau pada tarikh tertentu. Keputusan akhir pada pembangun.

    Lembah Embun dan AWANARA kekal percuma untuk semua, tanpa perlu membeli apa-apa.

    Atau pilih pakej ikut umur dan bidang

    Setiap pembelian turut membantu pembangunan game seterusnya, walaupun tidak untuk satu game tertentu.

    Hanya mahu satu game? Boleh. Harga RM5 hingga RM15 ikut saiz game, dan lesen untuk game itu sahaja.

    Lihat harga setiap game

      Adakah ini pembelian permainan?

      Ya. Pakej RM50 ialah pakej sokongan pembangunan yang turut memberikan akses kepada semua permainan dalam katalog semasa, dan anda menerima kod lesen yang berfungsi sepenuhnya. Bagi yang hanya berminat dengan permainan tertentu, pembelian individu juga disediakan. Anda tidak diwajibkan menyokong untuk menikmati permainan percuma.

      Cara beli

      Mudah dan manusiawi: kami layan setiap pembelian melalui WhatsApp.

      1. WhatsApp kami
        , beritahu game atau pakej yang dipilih.
      2. Bayar melalui DuitNow atau online banking, dan hantar resit.
      3. Terima kod lesen di WhatsApp.
      4. Tampal kod dalam apps Dunia Sai untuk buka versi penuh game yang anda beli.

      Dari Kami

      Dunia Sai bermula daripada keinginan kami untuk membina permainan yang bukan sekadar menghiburkan, tetapi turut memberikan ilmu dan pengalaman berguna kepada pemain.

      Kami percaya permainan boleh menjadi medium pembelajaran yang menyeronokkan, terutama untuk kanak-kanak. Kami mahu menghasilkan permainan yang mempunyai tujuan, nilai dan manfaat, bukan sekadar mengejar jumlah pemain.

      Dunia Sai dibangunkan oleh kami berdua dengan kemampuan dan sumber yang ada. Setiap permainan memerlukan masa, usaha dan proses penambahbaikan. Melalui sokongan anda, kami berharap dapat terus membangunkan permainan berkualiti, sambil menjadikan harganya lebih mampu milik supaya lebih ramai keluarga berpeluang menikmatinya.

      Kami bukan sebuah studio permainan yang besar. Kami hanya dua orang yang berkongsi impian untuk membina permainan yang mampu memberikan sesuatu yang bermakna. Terima kasih kerana mempercayai usaha kecil kami dan menjadi sebahagian daripada perjalanan Dunia Sai.

      Pengasas Dunia Sai

      Soalan lazim

      Berapa peranti boleh guna satu kod?

      Satu kod untuk satu keluarga, sehingga 5 peranti.

      Boleh main tanpa internet?

      Boleh. Selepas game dibuka sekali di peranti itu, ia disimpan dan boleh dimainkan tanpa internet. Di halaman apps ada butang untuk simpan semua game awal.

      Kod saya hilang atau saya tukar telefon.

      WhatsApp kami dengan bukti pembelian, kami hantar semula kod yang sama tanpa caj.

      Adakah game baharu termasuk dalam pakej RM50?

      Tidak, pakej hanya merangkumi katalog semasa. Penyokong boleh mencadangkan game baharu.

      Bagaimana saya beri cadangan game?

      Hantar melalui WhatsApp atau e-mel mtkstorefiq@gmail.com bersama kod anda. Cadangan penyokong dipertimbangkan dahulu, tetapi tidak dijamin dibangunkan.

      Ada iklan? Anak perlu daftar akaun?

      Tiada iklan pihak ketiga dalam game, dan tiada akaun. Kemajuan disimpan dalam peranti.

      Bagaimana jika saya mahu bayaran balik?

      Lihat Polisi Bayaran Balik kami. Kami balas aduan dalam 3 hari bekerja.

      Setiap Permainan, Satu Ilmu

      Terima kasih kerana bersama kami membina permainan yang membawa ilmu untuk anak-anak Malaysia.

      ▶ Cuba percuma sekarang