Bermula Dengan Jawi, Terus Meneroka
8 game belajar untuk kanak-kanak Malaysia dalam satu apps: Jawi, ABC, Matematik, Sains, English, Geografi, Duit dan Koding. Main di telefon, tablet atau komputer.
Setiap permainan ada bahagian percuma untuk dicuba dulu. Versi penuh dibuka dengan satu kod lesen untuk semua peranti di rumah. Tiada langganan, tiada iklan, tiada akaun.
Dibina khusus untuk kanak-kanak Malaysia, mengikut budaya, bahasa dan sistem ejaan rasmi kita.
Selepas dibuka kali pertama, berfungsi lancar di tablet, komputer rumah dan skrin pintar bilik darjah, termasuk sekolah pedalaman.
Tekan mana-mana game untuk cuba percuma terus dalam pelayar.
Kembara Malaysia Kita, Boss Gerai dan Ember Code dijual berasingan.
Kami tidak membina permainan sekadar untuk mengisi masa lapang. Kami membina modul digital interaktif yang menjawab persoalan ibu bapa moden: bagaimana menjadikan masa skrin anak sebagai masa menguasai ilmu.
Bermula dengan literasi Jawi mengikut ejaan rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dunia Sai kini berkembang menjadi ekosistem pembelajaran menyeluruh, merangkumi kemahiran asas 3M, logik matematik berkaedah CPA, hingga ke sains dan geografi tempatan.